Sunday, July 12, 2009

Pelangi Selatan

Jika semalam aku kabur

Hari ini aku bangun

Kerana kau tunjukkan aku jalan

Sebelum ini aku takut untuk berjalan

Kini aku mula berani untuk merangkak


Lupakan kisah lalu

Campakkan saja diari hitam mu

Jadikan ianya epilog kisah gelapmu

Ayuh bangun dan berjalan ke hadapan


Andai kau tahu

Ingin aku jadi pelindungmu

Ingin aku bawa mu

Keluar dari jalan lama dahulu

Lari dari langit


Andai kau tahu

ingin aku jadi pelindungmu

Ingin aku bawa mu

Berlari mengejar pelangi yang sama


Dari jatuh kita bangun bersama

Dari gelap kita suluh bersama

Tiada lagi ragui tiada sangsi

1 comment:

  1. nice poems syahmi,teruskan lagi coz i would love to read more from u...coz sometimes by reading this wuld give the best motivation to ourself.keep it up ya. :D

    ReplyDelete