Wednesday, September 30, 2009

Brader

Brader, gua pun manusia

Sampai masanya

Gua pun tahu rasa penat

Tak apa brader,

Lu jalan dulu

Gua mahu amik nafas

Jangan risau brader

Gua tak berhenti

Nanti gua kejar balik

kita jumpa kat sana brader.

Friday, September 25, 2009

Cermin

Dalam dunia itu

Tersergam di sebalik kehilangan

Biar buta namun celik

Membaca dengan hati

Perang ! perang yang dicari

Lawan tak goyah

Pedang dihunus sambil

Mata mata tertutup

Yang mana hidup

Yang mana mati

Noktah itu tidak henti.

Thursday, September 10, 2009

Riak Hati

Ada masanya sang pencinta

Tak akan melafazkan kata katanya

Kerana hati ini takut

Hati cinta akan berpaling

Dan terus menjauhi

Adanya masa itu

Hati cintanya sedar

Diri ini telah pergi meninggalkan

Lantas pada saat itu

Dikau akan sedar inilah cinta

yang kau tidak pernah sedar