Tuesday, December 29, 2009

Pelita malam

Kamus cinta
Pekat dan berjelaga
Angin masuk dan meniup
Fuhh, bergoyang lalu padam
Hembus dingin malam,
Aku sejuk,
Kedengaran bunyi unggas
Namun sepi tak bertuan
Masuk dalam kelambu
Dan sandarkan pada lantai
Tenang sampai subuh.

Sunday, December 27, 2009

Pemain cinta

Mana pergi janjimu
Mana pergi cintamu
Baru sebentar aku pergi
Kau sudah punya pengganti
Indahnya permulaan kisah kita
Tapi kini kau hancurkan semua
Kau dustai aku
Kau pancung hati ini
Kini tinggal aku sendiri
Melayari hari hari sepi
Sesudah kau dilukai
Diri ini juga kau cari
Kau tawan sepenuh hati
Kau gunakan cintaku
untuk merawat dukamu
Aku sedar semuanya
Hati ini harus melupakanmu
Kerana mungkin aku
Bakal ditinggalkan lagi
Setelah kau pulih
Kau ulangi lagi
Janganlah kau hancurkan
Jangan kau permainkan
Kepercayaan dan perasaan
Hati seorang lelaki.

Monday, December 14, 2009

Hukum Jamban

Kau tahu jamban?
Kau hina, kutuk , jijik
Tapi bila terdesak
itulah yang kau cari
Sanggup buat apa saja
Asalkan dapat guna
Jamban ini tak penting?
Jamban ini jijik?
Jangan tengok sahaja
Jangan cepat menghina.

Hadiah Kotak Gelap

Ianya seperti hadiah
Di dalam kotak
Legap dan gelap
Penuh dengan tanda tanya
Berdebar tapi teruja
Bisakah membuatku tertawa
Mungkin juga sebutir bom jangka
Bisik pada hati
Mahu dicampak atau terima

Buih

Jangan pecahkan buih itu
Air akan berkocak
Pelangi akan terhapus
Bayang akan hilang

Friday, December 11, 2009

Fansuri

Yang tenang itu barangkali
Punya sejarahnya
Yang lancang itu barangkali
Belum bertemu ruasnya
Kita semua adalah sama
Dicatat , dihitung , dibangkitkan
dari awal ke penghujungnya
cantik itu biarlah sempurna.

Hancur

Aku sangkakan selama ini

Kau rasa apa yang aku rasa

Namun tidak kusangka

Kau tipu aku semuanya

Dahulu apabila aku bersedih

Aku selalu mengenangkanmu

Hari ini aku lebih sakit

Apabila mengenangkanmu.

Thursday, December 10, 2009

Lampu Isyarat

Toleh kanan
Toleh kiri
Ulang berkali kali
Jika merah, berhenti
Kuning siap sedia
Jangan gelojoh
Teruskan bersabar
Bila dah lampu hijau
Barulah melintas
Hati hati ketika
Membawa hati.

Tuesday, December 8, 2009

Penyewa Cinta

Apakan daya

Aku tidak kaya

Aku bukanlah romeo

Bersama Juliet impian

aku hanyalah rakyat

dari kerajaan cinta

Aku tak mampu membeli

Hanya mampu menyewa

Sedar akan kemampuan

Kelumpuhan jiwa

Lemah berkata kata

Angan angan temanku

Jikalau aku punya sut

Ku pilih kalis peluru

Supaya tak mati ditembak

Peluru cintanya

Beginilah nasibku

Sepi seorang perindu

Malam bersilih malam

Dirinya tetap berseorang

Bersama angan angan

Tuhan bantulah aku

Tamatkan kegusaran hati

Penyewa cinta ini

Kirimkan aku satu harapan

Monday, December 7, 2009

Daun Kering

Kamu lihat sama daun kering

Walaupun direnjis, disiram

Mahupun disimbah

Ianya tetap sama

Ianya tetap daun kering

Ianya kontang, lemah

Tidak lagi kental

Maka sebelum kering

Apa yang perlu dilakukan?

Kotak Kecil

Jika mahu melukis maka lukislah

Jika mahu menulis maka tulislah

Jika mahu menyanyi maka menyanyilah

Jika mahu menangis maka menangislah

Jika mahu berbohong pada hati

Maka teruskan berbohong

Jika mahu berbohong lagi

Lakukan pada degup jantungmu

Maka fikirlah.

Saturday, December 5, 2009

Adil dan saksama

Dahulu kanan megah , ada kuasa

Kanan caci, kata kiri macam macam

Kiri bantah, kata kanan kuku besi

Hari ini kanan duduk ditempat kiri

Kanan pun sama sahaja macam kiri

Maka siapa yang benar?'

Semuanya adalah simetri!

Thursday, December 3, 2009

Pohon Harapan

12 purnama membanting tulang
Akhirnya pucuk telah kelihatan
Walaupun aku tahu
Akarnya serabut seribu
Aku akan setia menanti
pohonnya adalah satu
Sehingga ianya berbunga
sehingga ianya berputik
Sehingga ianya berbuah
Aku perlu air, tanah udara
Aku perlukan cahaya
Aku perlu baja
kudrat dan semangat
Supaya hasilnya dapat dirasa
Di hari yang mendatang
Doakan aku berjaya.
Tujuh langit sebagai saksi
Tujuh warna sebagai tanda
Tujuh bunyi pengikat rasa.

Lembu

Kadang kala kita ketawa,

"bodoh macam lembu"

namun barangkali kita terlupa

lembu yang bodoh itu

susunya kita yang minum.

maka ketawalah

moooooo

Berderai

Hati mana tak berkocak

Melihatnya dibawa lari

Runtuh segala tembok

Yang dibina saban hari

Jangan ke hadapan

Kalau tak takut mati.

Aku kesat manik kaca

aku isi peluru berbisa

hapuslah dikau pendusta

R & R (Rehat & Rawat)

Hmmm

Kenapa jadi lagi?

Datang

Datang

Datang

Kemudian pergi

Pergi

Pergi

Perigi

Hmmm

Aku tak mampu lawan

Aku tak punya kudrat

Barangkali perlu topeng

watak adiwira setebal 10 inci

Hmmm

Datang dan pergi

Sebegitu sahaja

Kelmarin esok lusa.

Ikan Laga

Cuba kamu lihat perihal ikan laga
Cantik. Bergaya.berkuasa.megah
Semuanya hebat
Namun disebaliknya?
Berlaga apabila buku bertemu ruas
Hidupnya tidak aman
yang gemar berlaga ini
hidupnya sunyi, tidak berteman
Kecantikan, kuasa, kebolehan
Semuanya adalah pinjaman
Sampai masa, carik dan terlerai
Setiap ciptaan punya kisah
Untuk kita pelajari
tidak ada yang kekal

Bangun

Hey, kamu

Sememangnya kamu punya

Sepasang mata yang cantik

Jangan kamu rosakkannya

Dengan linangan air mata

Berhentilah menangis.

Koma.

Bila dah terjatuh
Sakit bukan?
Duduk seketika
Ibarat jarum jam
Terhenti menyaksikannya
Tarik nafas
Sakit, malu,kotor, semualah
Moga tiada yang melihat
Saat terduduk
Kumpul kudrat,
Persetankan persekitaran
Nekad dan bangun
Gosok gosok seluar
Hilangkan kesan debu
Berdiri tegak dan melangkah
Temasya udah tamat.