Monday, August 31, 2009

Pergilah bulan

Bulan tak pernah sendiri

Hadirnya bulan penuh dihargai

Malam kabut, awan larat

Namun hati ini tahu

Disebalik mendung malam

Bulan masih disisi

Kata bulan cinta tak mati

Cinta bukan keluhan

Cinta tetap cinta

Walaupun cintaku

Membawa cinta lain

Selamat malam bulan.

Saturday, August 15, 2009

Biografi

Harimau mati tinggalkan belang

Manusia mati tinggalkan nama

Kalau orang mahu menulis biografi,

Dia akan meneroka dari belakang

Jika mahu ditulis,

maka betulkan haluan dari belakang,

sebab kita tak akan tahu

apa yang bakal ada kat depan.

Wednesday, August 12, 2009

Penafian

Aku lari ke kanan

Aku lihat kamu

Ku berlari ke kiri

Aku lihat kamu

Semua adalah kamu


Puas aku cuba nafikan,

Namun semuanya gagal

Benci aku benci

Memikirkan aku tak bisa

Melupakanmu


Saat aku pejamkan mata

Hati ini bergelora

Mengapa dikau yang bemain

Difikiranku, berlegar legar

Wajahmu ,senyumanmu ,tawamu


Kita seharusnya kekal

Sebagai seorang sahabat

Kita tak seharusnya bersama

Namun tak ku terdaya

Untuk terus menipu


aku tahu dikau pun begitu

mengapa kita rigid

kenapa tidak kita disatu

tuhan sahaja yang tahu

Jangan nafi rasa itu.


Bulan jatuh ke riba

Apa yang anda rasa apabila seseorang yang dalam diam anda minati , seseorang yang anda tidak pernah menjangkakan akan datang menegur anda ,seseorang itu ibarat seorang ratu di atas pentas yang digilai jutaan peminat. Ratu yang secara tiba tiba memandang tepat kepada anda yang sedang berdiri dalam lautan manusia sambil melirik senyuman . Seseorang yang selama ini anda hanya mampu melihat dari jauh dan anda amat gembira dapat merasai kehadirannya dalam keadaan yang tidak disangka. Seseorang itu secara tiba tiba menjerit nama anda dari jauh sambil tersenyum. Apa perasaan anda apabila insan tersebut yang anda tidak menjangkakan akan mampu mengingati nama anda secara tiba tiba…..melafazkan,

Sukar untuk dipercaya
Bintang dan bulan
Sempurnanya
Sifatmu mengajarku
Kata kata mu menemaniku
Senyuman yang tidak pernah hilang
Hatimu yang ikhlas
Memberikan suatu perasaan
Seperti berkali kali dibilas
Tetapi tidak pernah pudar
Bisikan segala
Mengenalimu
Memahami mu
Ombak memukul membawa harapan
Nyanyikan lagu untuk kenangan
Cerita itu, lagu itu
Milik kita, selamanya.
Puisi ini dan hati ku
Milik mu seadanya.


Penulis bersama, *Inawzah.

Saturday, August 8, 2009

Pasang kuda kuda

Bila kau menang maknanya

Kau belum kalah

Bila kau sedih tandanya

kau bakal gembira

Bila kau jatuh maknanya

Kau akan bangkit

Bila kau sakit tandanya

Kau sedang dihapus dosa

Bila itu bila?

Itu kau jangan tanya.