Friday, July 31, 2009
Badut
Kita ketawa
Hahaha berdekah
Siapa badut?
Owh ya si hidung merah
Seluarnya besar
Jalannya terlompat lompat
Dirinya kelihatan ceria
Siapa badut?
Kau atau aku?
Aku tanya !
Siapa badut?
Penghibur hati hati kosong
Rasa rasanya
Badut punya rasa malu?
Monday, July 27, 2009
Sayap yang satu
Hari berlalu demi hari
Mungkin bagimu, aku ini
hanyalah sebahagian watak kecil
Yang singgah dalam diarimu
watak kecil ini yang mungkin
dilupakan apabila masa berlalu
aku kian hilang dalam ramai
yang pasti, aku ingin nyatakan
sememangnya kamu adalah
antara pendukung watak utama
yang pernah hadir
dalam perjalanan kembaraku
Apa salahnya gembirakan
seseorang yang layak
untuk hatinya digembirakan
Walaupun hakikatnya ibarat lilin
Membakar diri utk menerangi
Walaupun hakikatnya ibarat sayap
yang tinggal Satu
Satu Sayap ini yang mustahil
dapat bawa aku terbang
Terbang tinggi mengapai langit.
*penulis bersama, Amira.
Berkecamuk
Kata berani sangat kan
Nak buka mulut ibarat
Tergugur jantung dari rusuk
Berucap di padang yang luas
Gagah dalam pertempuran
seribu laskar aku tak kentar
Namun apabila bertemu
Satu lawan satu, lemah terkedu
aku tak mampu lawan
Kaki diikat ke tanah
Bibir terpaku rapat
Gusar..aku perlu kekuatan
tujuh kerajaan aku mampu tawan
tujuh pahlawan aku boleh tewaskan
tujuh raja aku boleh umpan
namun berhadapan satu permaisuri
aku yang dilemahkan
Jebat,Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
Thursday, July 23, 2009
Biarku jadi yang terakhir
Namun kita melihat benda yang sama
Kita punya sekeping hati yang berbeda
Namun kita punya rasa yang sama
Cara hidup kita memang berbeda
Biarpun aku utara kamu selatan
Namun kita punya keserasian
kalau tak dapat jadi yang pertama
biarku jadi yang terakhir
bila hati sudah berkata
jangan lihat guna mata
kalau mencari yang sempurna
maka butalah selama-lamanya
Sejarah kita mungkin tak sama
Namun, selagi ada cahaya
Selagi jantung masih berdegup
Maka selagi itu kita punya masa.
Tuesday, July 21, 2009
Kata layar...Bila tasbih bersatu
Bila kapal nak belayar
Masing masing pasang harapan
Antartika, destinasinya
Laut pasifik dalam minda
Kalaulah dapat bertemu duyung
Barangkali kita maut di Bermuda
Namun bila kapal nak karam
Masing masing lupa harapan
Lupa persekitaran
Semua mahu terus hidup
Biarlah si tua itu mati
Kalau dia hidup pun
hayat dah pendek je
Kenapa selamatkan si hamil itu
Nanti dia akan menyusahkan
Ahhhh lantaklah!
Yang penting aku selamat
Aku dah dapat pelampung
Orang lain tak layak hidup
Aku paling layak..
Apabila datang si kanak kanak
Sedang mengendong adiknya
Kami tahu dia tak pandai berenang
Tapi sekurang kurangnya..
Si anak kecil itu besar cita citanya
Friday, July 17, 2009
Seroja
Dalam gusar aku mengerti
Bila dekat aku menyendiri
Bila berjauhan aku ingati
Sampai masa aku terhenti
Memikirkan sampai bila
Aku akan terus sebegini
Kipas kipas Seroja
Membelah angin dalam puisi.
Sunday, July 12, 2009
Dari saat ini
Saat ini aku hanya termenung
Mengenangkan hari harimu
Yang cukup perit untuk dilalui
Aku di sini, engkau disana
Aku tahu dikau sedang terguris
Namun apakan daya
Hanya bagiku dikau istimewa
Mungkin kehadiran aku
Belum bermakna kerna
Aku ibarat pipit, bukan enggang
Alangkah indahnya jika
Dapat kulafazkan semuanya
Wahai dikau yang teristimewa
7 segi.
Bila buku bertemu ruas
Bila rusa masuk kampung
Bila pipit jumpa enggang
Bila Pawang mula bersilat
Jembalang tak lagi berdengkur
Bila Abu Lahab berdekah
Bila Abu Nawas bersugi.
Bila Firaun rasa kebal
Laut merah jadi saksi.
Melankolik Micheal Jackson
Manusia boleh menghina sesiapa
Kerna manusia ni rasa bangga
Dia atau dia rasa cukup gagah
Untuk melempar perasaan
Michael Jackson tukar warna
Ramai haa kata dia tak sedar diri
Elok cermin diri itu dan ini
Orang kata dia patut syukur
Tapi hakikatnya
Micheal Jackson tukar warna
Kerna sebab sebab tertentu
Hebat manusia ni, boleh baca hati dan niat
Manusia lain, sama macam dukun.
Dia dah mati, keluar macam ragam
Ada yang sayang ada yang benci
Islam ke dia tu?
Amalan dan niat dia itu
Antara dia dan tuhan
Manusia yang hebat,
Michael Jackson dah mati
Sempat ka manusia nak mohon
Kemaafan daripadanya
Sekiranya lemparan itu
Adalah fitnah semata mata?
Retorika Gerhana Matahari
Agar bisa aku meluahkan melodi
Ajarkan aku untuk menari
Agar aku mampu bergerak
Meniti dicelah celah irama
Aku , lihat gerhana
Dan berkata kepada langit
Apa guna ada melodi
Jika kata kata tidak hadir
Sebenar benar tulus dari hati.
Sayap Kiri dan Kanan
Setiap manusia yang dilahirkan
Diutuskan sayap kiri dan kanan
Malaikat membisik kemuliaan
Qarin membisik kemungkaran
Jasad ini ringan jika kurang
dengan amalan amalan
kita diutus atas nama kebaikkan
gugurnya daun dari langit
tanda tertulis qada dan qadar
aku khalifah, aku mohon
aku sujud keatas 99 nama
pada-Mu kuatkan sayapku
agar roh ini layak untuk
terbang ke taman Firdausi.
Gila Gila
Ada orang kata dia gila
Kata mereka, dia tak siuman
Wright bersaudara mahu terbang
Orang kata mereka gila
Mereka ketawa, mana mungkin
Manusia bisa terbang
Barangkali untuk berjaya
Perlu ada rasa gila gila
Tanpa gila, tak wujud rasa selesa.
Siapa dia?
Kamu hadir untuk membalut luka
Secawan kopi dihidang
Ketika hujan lebat diluar sana
Aku selesa dalam dingin
Luka dibalut, kesakitan seolah olah
Hilang entah kemana
Tanpa diberitahu,
Kamu seperti tahu
Dimana tempat aku terluka
Aku letih dan mahu lelapkan mata
Hanya untuk seketika
Namun aku kaget,
Bisakah kamu muncul kembali
Disaat aku membuka mata
Hai kamu, namaku Arjuna!
Cinta si Orbit
bima sakti teguh di paksi
dulu ,aku dah ketuk
berlegar keliling orbit
matahari jadi saksi
dan dia pun dah dengar
tapi aku tak ada kunci
untuk selamatkan
bawa pulang ke bumi
aku dah tunggu
dia dengar, tapi masih sama
tak mahu buka pintu
jangan risau kerna
aku homosapien dari bumi
tapi,tak mengapa sebab
HAKIKATNYA
dia masih buka pintu,
dari dalam.
Salam untuk Palestin
Pemimpin adil aku , pemimpinku sembah
Pemimpin zalim, pemimpinku sanggah
Sejarah perang bumi Palestin tak akan pudar
Tatkala bumi dihujani peluru, simbahan darah
Anak anak kecil sudah tidak mampu menangis
Ketakutan bercampur aduk perasaan marah
Anak mujahid kini terhuyung hayang
Mana ibu, mana ayah?
Dengan siapa mahu mengadu ketika sakit lelah
Malam ini panas, Siang ini terik, kita mengeluh
Namun kita mampu lelap dengan penghawa dingin
Penghuni di bumi ambiak, mereka masih trauma
Memikirkan tentang hari esok
Tatkala kita sedang asyik dibuai hiburan
Dengan siapa mahu mereka berjenaka
Anak anak Palestin, kita bersaudara
Jarak memisahkan kita namun semua itu
Bukanlah penghalang utama
Sahabat sahabat di Palestin
Kita semua adalah keluarga
Doa pengiring agar kita dapat disatukan bersama.
Saudara saudara di Palestin,
Jika aku punya kudrat, kemampuan dan tenaga
Tunggu aku di sana.
Penyatuan ini
Aku menulis di kamar suram
Bilah-bilah kipas berputar
Seolah-olah berbicara denganku
Angin ini bernyawa
Dan malam ni sekali lagi
Alunan radio menemani aku
Aku tersandar memikirkan
Benarkah apa yang sedang dirasa
Keluh kesah, bermain di minda
Siapakah dia wahai malam?
Yang mampu membuat aku terpana
Aku gagal untuk melupakannya
Kata bilah bilah kipas kepadaku
Selagi mereka berputar maka selagi itu
Rasa ini akan disatu.
Mahu Lihat Aurora
Pensil kayu diasah, diraut tajam
Aku menulis di dalam ruang kecil
Aku mahu kongsi bersama
Jiwa-jiwa yang hampir kosong
Tugasan kita tak pernah putus
Cahaya itu lebih bermakna apabila
Kita dapat melihat dari ruang gelap
Jika kita diruangan besar luas dan terang
Bayang itu wujud tanpa kita sedar.
Namun, satu cahaya yang aku nantikan
Harapan aku dapat melihat aurora.
Magik
Tidak pernah aku sangka
Hari ini aku mengenalimu
Sebelum ini aku hanya pernah
Terserempak denganmu
Aku memang tak tahu siapa kamu
Kelmarin aku berurusan sama kamu
Aku sangkakan, kamu sama
Sepertimana rigid pemikiranku
Petir telah menyambar
dengan kuasa tuhan,aku terhidu
Kamu punya sesuatu
Yang mungkin tiada
Pada rakan-rakanmu
Karektormu, tapak ideologimu.
Magik itu kekuatanmu,
Jangan hapus magik itu
jika punya kesempatan
izinkan aku membantu
bersama haluan magikmu.
Apabila, Jika, Namun.
Aku menulis, engkau melukis
Aku menyanyi, engkau menari
Aku berlari , engkau sembunyi
Jika…
Lapar maka boleh makan
Sejuk maka boleh berselimut
Bosan maka boleh cari kawan
Namun…
Jika sudah suka,
tak boleh ubah apa apa.
Mengapa, Bagaimana.
ramai yang gemar
bertanyakan KENAPA
ramai bertanya mengapa
tetapi mengapa,
tidak ramai yang bertanya,
BAGAIMANA.
Hitam putih
Sekolah tinggi kehidupan
Pendeta terus berkata kata
Dalam gelap kita adalah sama
Detik di dalam kegelapan
Adalah sukar untuk dibolosi
Adatnya kerna sewaktu cerah
Kita sering alpa pabila
Dilimpahi saat selesa.
Tujah Si Pari Pari
Langkahmu mengingatkanku
Setiap pergerakan adalah seni
Tawamu menenangkanku
Penawar ketika sunyi
Kekasaranmu menghidupkanku
Supaya bangkit dari tidur
Batu jadi madu, gula jadi hempedu
Kau hilang aku kaku
Kerna ibarat isi dan kuku
Sesungguhnya tanpa semangatmu
angan angan akan menjadi debu.Sinar Pelangi
Burung-burung mula berteduh
Aku masih berbumbung langit
Mula dengan rintik rintik halus
Membasahi ubun-ubun
Aku takut kuyup
Lalu mencari tempat berteduh
Aku berlari dalam hujan
Sedang lari dan terus berlari
Aku keriangan dalam simbahan
Gusar jadi tenang
Bisik pada rintik rintik
Aku tenang dgn irama hujan
Menghayati berseorangan
Hujan kini menjadi kawan
Saat hujan reda, langit cerah
Dan pelangi pun muncul
Terima kasih tuhan
Tanpa hujan,
Pelangi takkan menyinar.
Perhatian
Tapi tidak beramal
Ada yang punya rupa
Tapi kurang pada suara
Ada bersuara lunak
Tapi kurang pada rupa
kekurangan boleh dibaiki
Ada yang punya semua
Rupa dan suara
Maka pelihara kelakuan.
Bicara Sepi
esok akan aku belajar
bagaimana mahu bermain alat muzik.
Jika mahu membuat garis lurus,
tidak semestinya
mesti menggunakan pembaris.
Garis putus-putus apabila dirapatkan
kelak menjadi satu garis panjang.
Kesakitan apabila sudah sembuh
Ianya akan menjadi kearifan.
Keluhan manik kaca
Hati jadi amat rapuh
Sekental kental jasad
Mampu tumbang dengan manik kaca
Diri seakan-akan zombie
Yang melata tanpa destinasi
Jasad kata dadah
Hati kata musnah punah
Apa yang kau mahu
Apa yang aku perlu
Perjalanan masih jauh
Jika capek dalam perantauan
Barangkali perlu berehat
Untuk menyedut udara segar
Agar berjaya ke destinasi.
Meditasi tenaga sunyi
Meditasi adalah tenaga sunyi
Hanya butir butir desingan angin
Menjadi detik setiap saat
Laskar sakti sebagai kronologi
Mendamba rasa segenap dunia
Kanvas putih dicoraki
waima apa sekali pasti,
Tenaga sunyi menenangkan hati
Pengembara lusuh
Kau utara, aku selatan
Kau siang aku malam
Kau bulan aku punggok
Kau putih aku hitam
Kau tahu, siapa aku
Kau mengerti
Kau menyepi, aku sendiri
Kau, buat aku tersenyum
Kau jua racun dalam senyuman
Kau api aku mancis
Kau kononnya pelengkap
Kau kiri aku kanan
Kau, sejarahku
Aku?siapa aku
pemburu, pengembara.
Tentera cinta.
Tentera tentera cintaku
Lebarkan sayapmu
Darat laut dan udara
Tiupkan semboyan
Utara selatan timur barat
Agar berderap sahutan
Perang untuk menawan
Tidak salah jika ditawan
Pedang dihunus
Hati ditusuk
Tentera tentera cintaku
Lawan tetap lawan
Jangan takut tewas
Panglima sudah berkata
Perjuangkan cinta
Roh dan jiwa bersama.
Rima atas puisi
Tak dapat dipisahkan
Jikalau terusik
Maka runtunlah nyawa
Elegi jangan sepi
Aku bertaut erat
Puisi menjadi roh
Rima-rima menyanyi
Setiap pergerakan
Adalah unsur seni
Hanya pengkaji
Yang mampu memahami
Dengarkan dan kenali
pada melodi hati
rima aku atas puisi.
Buta , Celik , Rabun
Jikalau mampu berfikir,
Fikirlah dan terus berfikir
Buta mata kerna
Tak nampak jalan di dunia
Kerna tidak ada cahaya
Buta hati tak dapat dibantu
Kerna jalan itu sudah biasa
Manusia tertarik kepada simetri
Manusia berpegang janji
Manusia berhutang budi
Aku menang dengan siang
Aku tewas kerna malam .
Homo sapiens
Rakyat belum merdeka,
Ideologi ironi dijajah,
Jiwa jiwa rapuh,
Apabila ketuhanan,
Dipandang enteng,
Arak dan zina,
Diagung agungkan,
Asalkan berdakwah,
Digelar pendeta,
Aku sedih, aku perit,
Masih ramai memilih,
Untuk selesa jahil,
Dibenam maksiat,
Benak hatinya,
Masih sempat,
Aku mohon,
Laraskan kiblat..
Munafik
Bila berbicara selalu bohong
Orang seperti ini tidak bisa dipercayai
dalam setiap perkataan yang diucapkannya
Bisa jadi apa yang dibicarakan
tidak sesuai dengan hatinya
Bila berjanji, tidak ditepati
Orang munafik sulit untuk dipercayai
perkataan dan perbuatannya
Bila diberi kepercayaan selalu berkhianat
Orang munafik sulit diberikan kepercayaan
Setiap kali kepercayaan yang diberikan
tidak dapat dia jaga dengan baik
inilah penipu sempurna
hidup sentiasa berpura pura
ayuh , kita berwaspada
Pensil
pensil pensil kayu
untuk aku menulis
untuk aku melukis
aku mahu pensil terang
aku mahu warnanya pekat
supaya aku tidak perlu
menekan kuat ketika melirik
aku letih menekan bila melakar
pensil untuk melakar dunia
apabila tumpul aku asahkan
supaya lancar ketika melakar
aku mahu menulis
aku mahu melukis
aku mahu conteng
lakaran masa depan
Siapa
Siapa aku?
Untuk menghakimi
sesama manusia
Siapa aku ?
Untuk bilang paling perkasa
Siapa aku?
Untuk hitung dosa dan pahala
Siapa aku ?
Untuk bilang raja bijaksana
Kerna atas nama manusia
Aku hanya insan biasa
Lahir dari satu rasa
Kasih dan sayang
Ikatan sesama manusia
Cinta pada Maha esa
Aku bertanya siapa aku?
Layakkah aku?
Untuk hukum manusia
Aku hanya insan
Yang punya deria
Rasa suka dan duka
Aku insan biasa.
Siapa
Siapa aku?
Untuk menghakimi
sesama manusia
Siapa aku ?
Untuk bilang paling perkasa
Siapa aku?
Untuk hitung dosa dan pahala
Siapa aku ?
Untuk bilang raja bijaksana
Kerna atas nama manusia
Aku hanya insan biasa
Lahir dari satu rasa
Kasih dan sayang
Ikatan sesama manusia
Cinta pada Maha esa
Aku bertanya siapa aku?
Layakkah aku?
Untuk hukum manusia
Aku hanya insan
Yang punya deria
Rasa suka dan duka
Aku insan biasa.
Lalang
Ada manusia
Yang mudah goyah
Luarnya lagak kental
Retorikanya bermadah
Dalamnya lebih lembut
Dari agar agar
Apabila digertak gugup
Apabila sudah tewas
Tidak mahu mengaku
Diri yang bersalah
Segala ceruk dicari
Kesalahan insan lain
Kepalanya rigid
Dialah terbaik
Dalam semua perkara
Kelemahan emosi
Ego punca dibenci
Hatinya mulia
Tapi lagaknya dihina
Kalah itu bukan tewas
Tapi belum menang
Jangan malu alah
Jika mahu berjuang
Teruskan dan
Jangan ada hasad
Daki daki dendam
Jangan mudah lentur
Ibarat lalang ditiup angin
Ikutlah resam padi
Makin berisi makin tunduk
Ingatlah ada banyak mata
Yang sudah lama
Makan garam
Sekilas ikan di air
Sudah tahu
Jantan betinanya.
Rasa ini
Detik dua jadi satu
Hati terpaku
Rasa terkedu
Diam membisu
Satu renung satu
Rasa segan silu
Malu mahu mengaku
Aura saling setuju
Dua hati ingin bersatu
Tiada lagi ragu ragu
Jikalau sudah begitu
Mengapa harus tunggu
Mahu katakan mahu
Sampai bila mahu
Hidup terus menipu.
Aku mahu
Pabila terbang di awangan
kaki terasa ringan
hati jadi rapuh
Bibir mudah lebar
inginku beri senyuman
sepanjang zaman
sekeras keras berlian
keras lagi pendirianku
jiwaku rasa kental
aku bicara pada hati
aku mahu kamu
seperti rama rama dalam perutku
rasa serba tak kena
mengapa siang begitu panjang
mengapa malam begitu singkat
ibarat punggok rindukan bulan
aku mahu kamu
pagiku rasa begitu sempurna
dengan ucapanmu
siangku tertanya tanya
bagaimana dengan harimu
di saat malam
kepalaku mendongak ke langit
mata ini coba mencari bintang
harap kamu lihat bintang yang sama
mahu sahaja aku melastik
bintang pilihan di langit
untuk dihadiahkan kepadamu
aku mahu kamu
aku ingin terbang
bawa kamu berjalan ke bulan
aku ingin aku mahu kamu.
Rasa itu datang dan pergi
Rasa itu pernah ada
Rasa itu pernah pergi
Apabila ada aku bertanya
Mengapa hanya 24jam sehari
mengapa singkat
rasa membuat aku ingin
bangun awal setiap pagi
Rasa itu pernah datang
Rasa rugi jika tidur awal
Namun apabila rasa itu dibunuh
Mengapa hari begitu panjang
Aku sudah benci
Benci pada kenangan
Persekitaran yang mengingatkan
Aku dan engkau
Aku rasa kosong dan ingin lari
Tapi aku tidak mampu
Kerna sampai satu masa
Benci pada hakikatnya rindu
Aku rindu pada orang
Yang pernah aku benci
Kita Khalifah?
Dan apabila khalifah
Merenungi luar jendela
Khalifah sedar bahawa
Sesuatu tidak kena
Yang perlu disempurnakan
Jendelanya bukan satu
Jendelanya bukan dibina
Ufuk langit telah terlukis
Ubahlah sementara ada
Kudrat dan masa
Angin dan debu berterbangan
Seluruh pelusuk dunia
Setiap bumbung yang dibina
Pasti akan reput
apabila tiba masa
lantas khalifah berfikir
bersediakah khalifah khalifah
layakkah khalifah khalifah
mengharungi hari seterusnya
kerana khalifah sentiasa takut
khalifah hanyalah ibarat debu
kecil, dan sungguh kecil.Karma Dunia
bersabarlah
jika rasa yakin, maka kejarlah
jika tak mampu kejar ke hadapan
mungkin boleh kejar dari belakang
bumi ni kan bulat
pusing-pusing akan jumpa juga
jika tidak yakin, maka bertenang
tidak perlu berlari sehingga tercungap-cungap
sedangkan mampu berjalan sambil menilai
apabila tercungap, nafas tidak sempurna
udara tidak lengkap
hati jadi gusar
maka muhasabahlah
jangan lantang tapi kontang
timbang-timbangkan
apa guna ada mata jika tidak dapat melihat
apa guna ada hati jika tidak dapat menilai
tercipta ilmu karma untuk direnungkan.
3,7,5,1 mantera untuk belang
Timbul segala belang.
Bila belang tunjuk belang.
Mula asyik main palang.
Singgah turun tujuh hulubalang.
Pasak lima tiang.
Masing masing mati belang.
Jurus satu hakiki dijulang.
Drama Pentas
Sambut lalu lepas
Campak lalu kibas
Kerut tanda panas
Garu tanda rimas
Pura pura ganas
Konon sudah pedas
Tapi hati macam hampagas
Selalu laras melaras
Sebab takut kena kebas
Konon main drama pentas
Konon rasa hebat bahas
Tapi takut kena bidas
Jika takut kena bidas
Jangan rasa diri panas
kerna epilog akan tumpasCinta monyet
Jangan menangis kerana aku
Jangan termenung kerana aku
Memang berbisa
Pahit bak hempedu
Memang indah masa lalu
Masa indah kita dahulu
Waktu dulu kita tekad bersama
Tidak kira apa saja
Namun kata tinggal kata
Apabila datang pihak ketiga
Tapi apakan daya
Aku masih lemah
Lalu membawa diri
Mencari ideologi
Kemudian aku kembali
Dengan nafas baru
Setiap langkah mendongak dagu
Aku punya sinar baru
Pacaran pengganti pengubat pilu
Sengaja aku lakukan begitu
Dengan hasrat engkau cemburu
Tapi itu semua angan angan
Kini masa sudah berlalu
tiada lagi terburu buru
Terima kasih kerana singgah
Di dalam diari hidupku
Engkau tetap kenangan
Cinta monyetku
omong dua zaman
Bila bersuara dikata mentah
Bila berjalan dikata kecah
Omong sama si kaum emas
Katanya garam sudah lama makannya
Bulan bintang pasang surut air laut
Katanya dihadam seabad usia
Omong sama si mentah kental
Pantang dicucuk parang ditetak
Buka langkah tengkuk dicekuk
Si emas geleng tanda bantah
Katanya angkatannya tetap megah
Barangkali lupa sebelum usia dimamah
Omong omong si kepala geliga
Umur hanya sekadar angka
makan garam dulu tidak dikira
makan garam lebih lagi bermakna
kecil bukan lemah
besar bukan gagah
hitam bukan punah
putih bukan mentah
Perigi Oh Perigi
Jangan angkat bakul sendiri
Jangan engkau lupa diri
Kena selalu ingat ini
Perigi oh perigi
Jika mahu diingati
Jika mahu disegani
Kena tahu asal diri
Perigi oh perigi
Harus diingat perkara ini
Timba tidak akan pernah rugi
Kerna sentiasa punya destinasi
Wahai perigi-perigi
Hidup kenalah muhasabah diri
Mata air tidak sentiasa menyebelahi
Sampai masa keringlah perigi.
jalan terus, jangan belok belok
Wahai rakan rakanku
Sedarlah, bangunlah
Jangan alpa
Masih ingat kaum lut?
Wahai rakan rakaku
Jangan leka, jangan salahkan ciptaan
Jangan salahkan naluri dan genetik
Sedarlah itu sebahagian daripada ujian
Bila diuji jangan berserah
Uji itu tanda sayang
Benar, ini hak peribadi
Punya hak bela diri
Negara demokrasi lah katakan
Namun rakan rakanku
Terfikirkah tentang persekitaran
Ayah bonda dan sahabat
Barangkali 100 membenci
Tapi bagaimana pula 1000 yang menghargai?
Saat pejam mata
Dimandikan dikapankan
Disolatkan dikebumikan
Dan juga ditalkinkan
Siapa yang menguruskan
Fikirlah fikirlah fikirlah
demi masa
Masih belum terlambat
Melainkan sudah terlambat.
Pelangi Selatan
Jika semalam aku kabur
Hari ini aku bangun
Kerana kau tunjukkan aku jalan
Sebelum ini aku takut untuk berjalan
Kini aku mula berani untuk merangkak
Lupakan kisah lalu
Campakkan saja diari hitam mu
Jadikan ianya epilog kisah gelapmu
Ayuh bangun dan berjalan ke hadapan
Andai kau tahu
Ingin aku jadi pelindungmu
Ingin aku bawa mu
Keluar dari jalan lama dahulu
Lari dari langit
Andai kau tahu
ingin aku jadi pelindungmu
Ingin aku bawa mu
Berlari mengejar pelangi yang sama
Dari jatuh kita bangun bersama
Dari gelap kita suluh bersama
Tiada lagi ragui tiada sangsi
Ranting
apabila dipatahkan
kemudian dikutip
dan diikat kembali
nescaya ranting itu
akan lebih kuat dan kukuh
Hukum 7
hari ada tujuh
warna ada tujuh
muzik juga ada tujuh
namun kesemua tujuh yang dicipta
akan bertambah serinya
apabila manusia lari dari rigid
bukan bermaksud untuk menolak hukum alam
tetapi atas dasar unsur-unsur aprisiasi
tidak salah untuk diolahi
sebutir mutiara mana mungkin digelar mutiara
jika tidak dikeluarkan dari tiramnya
Hidup dan Lego
masa mula-mula beli
macam-macam angan yang kita nk cipta.
nk bina itu..nak bina ini..
maka dengan penuh kegembiraan,kesabaran dan ketekunan.
segala kreativiti kita luahkan
dengan harapan ciptaan tu ciptaan terbaik.
tapi bila sampai masa, kita pecahkan LEGO® tu.
mungkin secara x sengaja atau pun terpaksa.
memang kalau boleh kita nk kekalkan ciptaan kita tu.
tapi kita x mampu.
sedih kan bila tgk apa yang kita cipta tu musnah.
kemudian, kita simpan setiap cebisan LEGO® tu.
setiap cebisan tu penting.
kita tau penting sbb masa depan kita akn guna balik.
Waktu kita simpan, kita x punya rasa marah.
Sebab yakin kelak boleh cipta yang lebih baik
Belajar dari ciptaan lalu.
Kemudian apabila kita sudah bersedia,
Punya masa, ruang dan kesabaran.
Kita buka kembali kotak LEGO® tu.
Dengan lebih berhati dan lebih kreatif
Kita bina ciptaan baru.
Tapi kawan-kawan.
Tidak selama-lamanya kita bermain LEGO®
Usia meningkat tua
Terpulang sama ada
Mahu kita kekalkan ciptaan itu
Atas nama ciptaan terbaik
Ataupun kita mengulangi langkah yang sama.