Aku lari ke kanan
Aku lihat kamu
Ku berlari ke kiri
Aku lihat kamu
Semua adalah kamu
Puas aku cuba nafikan,
Namun semuanya gagal
Benci aku benci
Memikirkan aku tak bisa
Melupakanmu
Saat aku pejamkan mata
Hati ini bergelora
Mengapa dikau yang bemain
Difikiranku, berlegar legar
Wajahmu ,senyumanmu ,tawamu
Kita seharusnya kekal
Sebagai seorang sahabat
Kita tak seharusnya bersama
Namun tak ku terdaya
Untuk terus menipu
aku tahu dikau pun begitu
mengapa kita rigid
kenapa tidak kita disatu
tuhan sahaja yang tahu
Jangan nafi rasa itu.
No comments:
Post a Comment