Tuesday, December 29, 2009
Pelita malam
Pekat dan berjelaga
Angin masuk dan meniup
Fuhh, bergoyang lalu padam
Hembus dingin malam,
Aku sejuk,
Kedengaran bunyi unggas
Namun sepi tak bertuan
Masuk dalam kelambu
Dan sandarkan pada lantai
Tenang sampai subuh.
Sunday, December 27, 2009
Pemain cinta
Mana pergi cintamu
Baru sebentar aku pergi
Kau sudah punya pengganti
Indahnya permulaan kisah kita
Tapi kini kau hancurkan semua
Kau dustai aku
Kau pancung hati ini
Kini tinggal aku sendiri
Melayari hari hari sepi
Sesudah kau dilukai
Diri ini juga kau cari
Kau tawan sepenuh hati
Kau gunakan cintaku
untuk merawat dukamu
Aku sedar semuanya
Hati ini harus melupakanmu
Kerana mungkin aku
Bakal ditinggalkan lagi
Setelah kau pulih
Kau ulangi lagi
Janganlah kau hancurkan
Jangan kau permainkan
Kepercayaan dan perasaan
Hati seorang lelaki.
Monday, December 14, 2009
Hukum Jamban
Kau hina, kutuk , jijik
Tapi bila terdesak
itulah yang kau cari
Sanggup buat apa saja
Asalkan dapat guna
Jamban ini tak penting?
Jamban ini jijik?
Jangan tengok sahaja
Jangan cepat menghina.
Hadiah Kotak Gelap
Di dalam kotak
Legap dan gelap
Penuh dengan tanda tanya
Berdebar tapi teruja
Bisakah membuatku tertawa
Mungkin juga sebutir bom jangka
Bisik pada hati
Mahu dicampak atau terima
Friday, December 11, 2009
Fansuri
Punya sejarahnya
Yang lancang itu barangkali
Belum bertemu ruasnya
Kita semua adalah sama
Dicatat , dihitung , dibangkitkan
dari awal ke penghujungnya
cantik itu biarlah sempurna.
Hancur
Aku sangkakan selama ini
Kau rasa apa yang aku rasa
Namun tidak kusangka
Kau tipu aku semuanya
Dahulu apabila aku bersedih
Aku selalu mengenangkanmu
Hari ini aku lebih sakit
Apabila mengenangkanmu.
Thursday, December 10, 2009
Lampu Isyarat
Toleh kiri
Ulang berkali kali
Jika merah, berhenti
Kuning siap sedia
Jangan gelojoh
Teruskan bersabar
Bila dah lampu hijau
Barulah melintas
Hati hati ketika
Membawa hati.
Tuesday, December 8, 2009
Penyewa Cinta
Apakan daya
Aku tidak kaya
Aku bukanlah romeo
Bersama Juliet impian
aku hanyalah rakyat
dari kerajaan cinta
Aku tak mampu membeli
Hanya mampu menyewa
Sedar akan kemampuan
Kelumpuhan jiwa
Lemah berkata kata
Angan angan temanku
Jikalau aku punya sut
Ku pilih kalis peluru
Supaya tak mati ditembak
Peluru cintanya
Beginilah nasibku
Sepi seorang perindu
Malam bersilih malam
Dirinya tetap berseorang
Bersama angan angan
Tuhan bantulah aku
Tamatkan kegusaran hati
Penyewa cinta ini
Kirimkan aku satu harapan
Monday, December 7, 2009
Daun Kering
Walaupun direnjis, disiram
Mahupun disimbah
Ianya tetap sama
Ianya tetap daun kering
Ianya kontang, lemah
Tidak lagi kental
Maka sebelum kering
Apa yang perlu dilakukan?
Kotak Kecil
Jika mahu melukis maka lukislah
Jika mahu menulis maka tulislah
Jika mahu menyanyi maka menyanyilah
Jika mahu menangis maka menangislah
Jika mahu berbohong pada hati
Maka teruskan berbohong
Jika mahu berbohong lagi
Lakukan pada degup jantungmu
Maka fikirlah.
Saturday, December 5, 2009
Adil dan saksama
Kanan caci, kata kiri macam macam
Kiri bantah, kata kanan kuku besi
Hari ini kanan duduk ditempat kiri
Kanan pun sama sahaja macam kiri
Maka siapa yang benar?'
Semuanya adalah simetri!
Thursday, December 3, 2009
Pohon Harapan
Akhirnya pucuk telah kelihatan
Walaupun aku tahu
Akarnya serabut seribu
Aku akan setia menanti
pohonnya adalah satu
Sehingga ianya berbunga
sehingga ianya berputik
Sehingga ianya berbuah
Aku perlu air, tanah udara
Aku perlukan cahaya
Aku perlu baja
kudrat dan semangat
Supaya hasilnya dapat dirasa
Di hari yang mendatang
Doakan aku berjaya.
Tujuh langit sebagai saksi
Tujuh warna sebagai tanda
Tujuh bunyi pengikat rasa.
Lembu
"bodoh macam lembu"
namun barangkali kita terlupa
lembu yang bodoh itu
susunya kita yang minum.
maka ketawalah
moooooo
Berderai
Melihatnya dibawa lari
Runtuh segala tembok
Yang dibina saban hari
Jangan ke hadapan
Kalau tak takut mati.
Aku kesat manik kaca
aku isi peluru berbisa
hapuslah dikau pendusta
R & R (Rehat & Rawat)
Kenapa jadi lagi?
Datang
Datang
Datang
Kemudian pergi
Pergi
Pergi
Perigi
Hmmm
Aku tak mampu lawan
Aku tak punya kudrat
Barangkali perlu topeng
watak adiwira setebal 10 inci
Hmmm
Datang dan pergi
Sebegitu sahaja
Kelmarin esok lusa.
Ikan Laga
Cantik. Bergaya.berkuasa.megah
Semuanya hebat
Namun disebaliknya?
Berlaga apabila buku bertemu ruas
Hidupnya tidak aman
yang gemar berlaga ini
hidupnya sunyi, tidak berteman
Kecantikan, kuasa, kebolehan
Semuanya adalah pinjaman
Sampai masa, carik dan terlerai
Setiap ciptaan punya kisah
Untuk kita pelajari
tidak ada yang kekal
Bangun
Sememangnya kamu punya
Sepasang mata yang cantik
Jangan kamu rosakkannya
Dengan linangan air mata
Berhentilah menangis.
Koma.
Sakit bukan?
Duduk seketika
Ibarat jarum jam
Terhenti menyaksikannya
Tarik nafas
Sakit, malu,kotor, semualah
Moga tiada yang melihat
Saat terduduk
Kumpul kudrat,
Persetankan persekitaran
Nekad dan bangun
Gosok gosok seluar
Hilangkan kesan debu
Berdiri tegak dan melangkah
Temasya udah tamat.
Saturday, October 17, 2009
Jangan bangunkan aku
Bersama deru deru ombak
Sinar rembulan sebagai cahaya
Aku bersandar, menulis lirik kita
Pohonan cemara menemaniku
Terima kasih bayu
Hembusan dinginmu melengkapi
kemuncak bibit perasaan ini
Aku terlelap di dalam ketenangan
Hah….
Lamunan menjelma
Kita menulis menyanyi bersama
Kamu datang dengan gitar
Memetik tali tali irama
Melodi bersulamkan lirik kita
wajahmu suaramu gerak tarimu
semuanya buat aku tenang
Jangan bangunkan aku
Sekiranya kisah ini
mimpi aku sahaja
Thursday, October 15, 2009
Sama sama (Keluarga C)
Semasa itu kita semua tak tahu apa apa.
Hati penuh dengan pertanyaan.
Apa yang hendak lakukan.
Kita mula dengan beberapa acara kecil.
Kita ke museum kita ke tasik.
PKNS dan Plaza Alam Sentral
Lokasi wajib bagi semua orang
Kita tenang dan kita riang.
Apabila letih berjalan pasti kita singgah cari tempat makan.
Masa itu takda sorang pun yang bawa kenderaan.
Kita hendak kemana mana, RESTU kaki kita.
Panas peluh kita rasa sama sama.
Apabila masa kian berlalu..Kita masih bersama.
Ada yang selesa bersama rakan rakan pilihan.
Kita sudah mula selesa dengan persekitaran.
Ada yang mula berpacaran
Ada yang kekal dan terus bersendirian
Ada juga yang berharap bertemu pacarnya.
Masa silih berganti
Masa makan kita tak akan lupa
Dining, Kafe Ibu ,Kandang
Semua tempat kita terjah
Habis kuliah, kita singgah.
Itu belum masuk lagi ramadhan
Macam macam kita rasa pengalaman
Sahur kita kumpul sama sama
Berbuka kita melantak sama sama.
Kita ni orang gelar lain dari yang lain
Semangat kelas C
Apa apa yang kita buat
Mesti ada cara tersendiri.
Ada masanya, biasalah
Adat resam dalam keluarga
Sedangkan lidah lagi tergigit.
Ada masa kita terguris tanpa sengaja
Biasalah budak budak tengah belajar
Marah suka sedih geram ketawa
Semua kita telan sama sama.
Air mata? Semua dah rasa.
Manik kaca itu sama ada terpendam atau tak
Kita semua dah rasa bersama.
Masa kalian pergi ke PD
Aku tak dapat turut serta
Aku seronok tengok foto dari rakan rakan
Hati berteriak alangkah bestnya kalau dapat sama
Tapi tak mengapa.
Masa kita semester 5.. kita semakin dewasa
Kita tak ada junior
Maka kita erat sesama kita.
Orang lain pulaukan keluarga kita
Tapi kita takda masalah,
Kita terus kekal bersama.
Hujan panas, kita shooting.
Bulan puasa pun kita redah
Janji tugasan kita mantap.
Detik semester 6 pula
Orang kata masa honeymoon
Satu subjek dan masa itu
Kita banyak luangkan bersama
Kita berlatih untuk MPG
Satu malam keramat untuk semua
Seminggu turun berlatih
Siap rancang nak pakai apa.
Sampai masa, kita raikan detik bersejarah
Ahhhh…pantasnya masa
Sedar tak sedar
Kita berhijrah ke Shah Alam
Ada yang bersama
Ada yang terus bekerja
Masa di induk
Kita semua sudah ke bab seterusnya
Masing masing sudah pilih haluan
Kita berjumpa sekali sekala
Nasib baik ada kelas elektif
Dapat juga bertegur sapa.
Selalunya kita berjumpa di kafe.
Dari jauh kita lambai sama sama
Tapi tak boleh duduk lama
Semua ada kerja.
Hati ini macam berteriak
Kenapa kita tak dapat sama macam dulu?
Owh ya kredit hour kita banyak
Ada yang shooting, ada yang event
Ada yang interview , design dan segalanya.
Facebook, YM dan blog jadi perantara.
Kita tak dapat berbual lama tapi kita punya kesempatan
Kita masih boleh stalk sama sama
Hari ini, semua sudah jelas
Apa yang kita rasa, lalui sama sama
Kita simpan, kita pegang erat
Bila kita rindu, kita kenang sama sama
Kita bukan lagi bebas seperti zaman puncak perdana
Semua sudah punya hala tuju.
Apa yang aku harap biarpun
Kita jauh dimata, kita rapat erat dari hati.
Semakin kita dewasa, kenangan lama pengubat hati.
Aku sayang kalian, aku doakan kita sama sama Berjaya
Kepada Zachary, ko jauh pun aku rasa dekat je.
Kalian semua Ingatlah kenangan terindah ini, insyallah
Ada masa kita jumpa lagi,.
Wednesday, September 30, 2009
Brader
Brader, gua pun manusia
Sampai masanya
Gua pun tahu rasa penat
Tak apa brader,
Lu jalan dulu
Gua mahu amik nafas
Jangan risau brader
Gua tak berhenti
Nanti gua kejar balik
kita jumpa kat sana brader.Friday, September 25, 2009
Cermin
Dalam dunia itu
Tersergam di sebalik kehilangan
Biar buta namun celik
Membaca dengan hati
Perang ! perang yang dicari
Lawan tak goyah
Pedang dihunus sambil
Mata mata tertutup
Yang mana hidup
Yang mana mati
Noktah itu tidak henti.