Monday, May 24, 2010

Basikal tua

Kami berbasikal bersama

Dia membawa gitar

Aku bersama nota

Kami alunkan lirik dan melodi

Dia menyanyi

Aku melirik kata kata

Memang indah semuanya

Memang tenang mulanya

Sehinggalah dia hadir

Mengubah laluan

Kini lirik jadi sejarah

Bukan lagi impian

Mahupun harapan

Dia hadir, tanpa diduga

Dia hadir menghiris jiwa

Kau tenang bersamanya

Aku linangi semuanya

Semua sudahpun berlalu

Izinkanku pergi dulu

Berbahagialah disampingnya.

Wednesday, March 31, 2010

Bintang

Bintang, tunjukkan aku

Siapa kamu

Bintang, yang paling malap

Itulah yang bercahaya

Jauh dan masih setia

Terus berkelipan

Walau larut terselindung

Dalam pekat malam.

Thursday, March 18, 2010

Pilihan

Kriuk kriuk
Bunyi tulang dipatahkan
Aduh! Meraung
Sakit menggelupur
Mengerang keseorangan
Lumpuh?
Separuh nyawa hilang
Haus, dahagakan selautan
Panas, salji hitam
Turun menimpa badan
Kelak bertempiaran
Siapa jangka kesedihan
Siapa tahan dugaan
Pilihlah sementara
Masih punya pilihan

Tuesday, February 16, 2010

Jangan Rigid.

Dinginnya siang
Lagi teriknya malam
Jangan rigid
Lihat mata kail
Tajam lagi bercakuk
Sakit jika tercucuk
Lebih sakit jika dicabut
Mahu kekal kaku
Atau pisahkan saja
Sakit itu sementara
mahu biar sampai bila
Jangan rigid.

Saturday, February 13, 2010

Resap

Kuselit namamu

Dicelah celah rimbunan

Aku mohon pada angin

Terbangkan namamu

Jika berubah destinasinya

Maka aku pasrah

Jika terbangnya ke atas

Semakin lelah berlariku

Berkejaran pasti

Hakikatnya aku sadar

Itu semua ilusi.

Monday, February 1, 2010

Sampah

Hukum alam ini adil

Kadangkala sampah berharga

jika dikumpul dan kitar semula

Biar dicemuh dan hina

Namun kehadirannya

Ada masanya bermakna

Biar lapuk diguna

Jangan buruk setiap masa.

Kapal terbang kertas.

Ianya seperti kapal terbang kertas

Yang disirami air hujan

Berat dan semakin terjunam

Angin, matahari dan kudrat

Hadirlah, kembalikan segalanya

Keringkan limpahan

Eratkan lipatan

Ringankan sayap

Moga kapal terbang kertas

Biar kembali diawangan.

Sunday, January 3, 2010

Pentazosin

Ianya seperti pentazosin

Antagonis si narkotik

Penghilang kesan lama

Selamat datang cahaya!

Tuesday, December 29, 2009

Pelita malam

Kamus cinta
Pekat dan berjelaga
Angin masuk dan meniup
Fuhh, bergoyang lalu padam
Hembus dingin malam,
Aku sejuk,
Kedengaran bunyi unggas
Namun sepi tak bertuan
Masuk dalam kelambu
Dan sandarkan pada lantai
Tenang sampai subuh.

Sunday, December 27, 2009

Pemain cinta

Mana pergi janjimu
Mana pergi cintamu
Baru sebentar aku pergi
Kau sudah punya pengganti
Indahnya permulaan kisah kita
Tapi kini kau hancurkan semua
Kau dustai aku
Kau pancung hati ini
Kini tinggal aku sendiri
Melayari hari hari sepi
Sesudah kau dilukai
Diri ini juga kau cari
Kau tawan sepenuh hati
Kau gunakan cintaku
untuk merawat dukamu
Aku sedar semuanya
Hati ini harus melupakanmu
Kerana mungkin aku
Bakal ditinggalkan lagi
Setelah kau pulih
Kau ulangi lagi
Janganlah kau hancurkan
Jangan kau permainkan
Kepercayaan dan perasaan
Hati seorang lelaki.