Monday, December 7, 2009

Daun Kering

Kamu lihat sama daun kering

Walaupun direnjis, disiram

Mahupun disimbah

Ianya tetap sama

Ianya tetap daun kering

Ianya kontang, lemah

Tidak lagi kental

Maka sebelum kering

Apa yang perlu dilakukan?

Kotak Kecil

Jika mahu melukis maka lukislah

Jika mahu menulis maka tulislah

Jika mahu menyanyi maka menyanyilah

Jika mahu menangis maka menangislah

Jika mahu berbohong pada hati

Maka teruskan berbohong

Jika mahu berbohong lagi

Lakukan pada degup jantungmu

Maka fikirlah.

Saturday, December 5, 2009

Adil dan saksama

Dahulu kanan megah , ada kuasa

Kanan caci, kata kiri macam macam

Kiri bantah, kata kanan kuku besi

Hari ini kanan duduk ditempat kiri

Kanan pun sama sahaja macam kiri

Maka siapa yang benar?'

Semuanya adalah simetri!

Thursday, December 3, 2009

Pohon Harapan

12 purnama membanting tulang
Akhirnya pucuk telah kelihatan
Walaupun aku tahu
Akarnya serabut seribu
Aku akan setia menanti
pohonnya adalah satu
Sehingga ianya berbunga
sehingga ianya berputik
Sehingga ianya berbuah
Aku perlu air, tanah udara
Aku perlukan cahaya
Aku perlu baja
kudrat dan semangat
Supaya hasilnya dapat dirasa
Di hari yang mendatang
Doakan aku berjaya.
Tujuh langit sebagai saksi
Tujuh warna sebagai tanda
Tujuh bunyi pengikat rasa.

Lembu

Kadang kala kita ketawa,

"bodoh macam lembu"

namun barangkali kita terlupa

lembu yang bodoh itu

susunya kita yang minum.

maka ketawalah

moooooo

Berderai

Hati mana tak berkocak

Melihatnya dibawa lari

Runtuh segala tembok

Yang dibina saban hari

Jangan ke hadapan

Kalau tak takut mati.

Aku kesat manik kaca

aku isi peluru berbisa

hapuslah dikau pendusta

R & R (Rehat & Rawat)

Hmmm

Kenapa jadi lagi?

Datang

Datang

Datang

Kemudian pergi

Pergi

Pergi

Perigi

Hmmm

Aku tak mampu lawan

Aku tak punya kudrat

Barangkali perlu topeng

watak adiwira setebal 10 inci

Hmmm

Datang dan pergi

Sebegitu sahaja

Kelmarin esok lusa.

Ikan Laga

Cuba kamu lihat perihal ikan laga
Cantik. Bergaya.berkuasa.megah
Semuanya hebat
Namun disebaliknya?
Berlaga apabila buku bertemu ruas
Hidupnya tidak aman
yang gemar berlaga ini
hidupnya sunyi, tidak berteman
Kecantikan, kuasa, kebolehan
Semuanya adalah pinjaman
Sampai masa, carik dan terlerai
Setiap ciptaan punya kisah
Untuk kita pelajari
tidak ada yang kekal

Bangun

Hey, kamu

Sememangnya kamu punya

Sepasang mata yang cantik

Jangan kamu rosakkannya

Dengan linangan air mata

Berhentilah menangis.

Koma.

Bila dah terjatuh
Sakit bukan?
Duduk seketika
Ibarat jarum jam
Terhenti menyaksikannya
Tarik nafas
Sakit, malu,kotor, semualah
Moga tiada yang melihat
Saat terduduk
Kumpul kudrat,
Persetankan persekitaran
Nekad dan bangun
Gosok gosok seluar
Hilangkan kesan debu
Berdiri tegak dan melangkah
Temasya udah tamat.