Tuesday, June 15, 2010
Khabarnya
Semoga lebih tenang
Cuaca hari ini sukar dijangka
Seperti puisi
Boleh jadi indah
Boleh jadi parah
Seterusnya apa rancanganmu
Aku bosan sendirian di sini
Masa semakin singkat
Temanku, laksanakan saja
Impian impian itu.
Monday, May 24, 2010
Basikal tua
Kami berbasikal bersama
Dia membawa gitar
Aku bersama nota
Kami alunkan lirik dan melodi
Dia menyanyi
Aku melirik kata kata
Memang indah semuanya
Memang tenang mulanya
Sehinggalah dia hadir
Mengubah laluan
Kini lirik jadi sejarah
Bukan lagi impian
Mahupun harapan
Dia hadir, tanpa diduga
Dia hadir menghiris jiwa
Kau tenang bersamanya
Aku linangi semuanya
Semua sudahpun berlalu
Izinkanku pergi dulu
Berbahagialah disampingnya.
Wednesday, March 31, 2010
Bintang
Bintang, tunjukkan aku
Siapa kamu
Bintang, yang paling malap
Itulah yang bercahaya
Jauh dan masih setia
Terus berkelipan
Walau larut terselindung
Dalam pekat malam.
Thursday, March 18, 2010
Pilihan
Bunyi tulang dipatahkan
Aduh! Meraung
Sakit menggelupur
Mengerang keseorangan
Lumpuh?
Separuh nyawa hilang
Haus, dahagakan selautan
Panas, salji hitam
Turun menimpa badan
Kelak bertempiaran
Siapa jangka kesedihan
Siapa tahan dugaan
Pilihlah sementara
Masih punya pilihan
Tuesday, February 16, 2010
Jangan Rigid.
Lagi teriknya malam
Jangan rigid
Lihat mata kail
Tajam lagi bercakuk
Sakit jika tercucuk
Lebih sakit jika dicabut
Mahu kekal kaku
Atau pisahkan saja
Sakit itu sementara
mahu biar sampai bila
Jangan rigid.
Saturday, February 13, 2010
Resap
Kuselit namamu
Dicelah celah rimbunan
Aku mohon pada angin
Terbangkan namamu
Jika berubah destinasinya
Maka aku pasrah
Jika terbangnya ke atas
Semakin lelah berlariku
Berkejaran pasti
Hakikatnya aku sadar
Itu semua ilusi.
Monday, February 1, 2010
Sampah
Hukum alam ini adil
Kadangkala sampah berharga
jika dikumpul dan kitar semula
Biar dicemuh dan hina
Namun kehadirannya
Ada masanya bermakna
Biar lapuk diguna
Jangan buruk setiap masa.
Kapal terbang kertas.
Ianya seperti kapal terbang kertas
Yang disirami air hujan
Berat dan semakin terjunam
Angin, matahari dan kudrat
Hadirlah, kembalikan segalanya
Keringkan limpahan
Eratkan lipatan
Ringankan sayap
Moga kapal terbang kertas
Biar kembali diawangan.
Sunday, January 3, 2010
Pentazosin
Ianya seperti pentazosin
Antagonis si narkotik
Penghilang kesan lama
Selamat datang cahaya!