Brader, gua pun manusia
Sampai masanya
Gua pun tahu rasa penat
Tak apa brader,
Lu jalan dulu
Gua mahu amik nafas
Jangan risau brader
Gua tak berhenti
Nanti gua kejar balik
kita jumpa kat sana brader.Brader, gua pun manusia
Sampai masanya
Gua pun tahu rasa penat
Tak apa brader,
Lu jalan dulu
Gua mahu amik nafas
Jangan risau brader
Gua tak berhenti
Nanti gua kejar balik
kita jumpa kat sana brader.Dalam dunia itu
Tersergam di sebalik kehilangan
Biar buta namun celik
Membaca dengan hati
Perang ! perang yang dicari
Lawan tak goyah
Pedang dihunus sambil
Mata mata tertutup
Yang mana hidup
Yang mana mati
Noktah itu tidak henti.
Ada masanya sang pencinta
Tak akan melafazkan kata katanya
Kerana hati ini takut
Hati cinta akan berpaling
Dan terus menjauhi
Adanya masa itu
Hati cintanya sedar
Diri ini telah pergi meninggalkan
Lantas pada saat itu
Dikau akan sedar inilah cinta
yang kau tidak pernah sedar